Monday, 6 February 2012

Taubat Yang Tidak Tersembunyi

Apabila seseorang muslim melakukan maksiat atau dosa, maka sudah tentu dia akan bertaubat dan menyesalakan perbuatan dosanya itu. Namun ramai juga yang telah bertaubat, tetapi melakukan maksiat semula. Mereka ini merasa yakin Allah Maha Pengampun akan mengampuni dosa mereka. Justeru,keyakinan mereka itu mendorong mereka melakukan maksiat lagi..... Ya, mmg Allah Maha Pengampun.tetapi itu tidak bermakna kita boleh melakukan dosa berulang-ulang kali dengan sesuka hati. Ia bagai mempermainkan hukum Allah. Bukan ampunan Allah yang diterima, tapi mungkin laknat-Nya dan dosa yang makin bertambah. Allah berfirman dalam surah Al- Baqarah ayat 160 yg bermaksud: "kecuali mereka yg bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka mereka itulah yang aku terima taubatnya dan Aku-lah Yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang. Para ulama telah merumuskan 10 perkara yang harus dilakukan agar dosa kita diampuni Allah,iaitu: 1. Lidahnya sentiasa beristghfar. 2. Hatinya menyesali dosa yang dilakukan. 3. Meninggalkan segala perbuatan dosa. 4. Berazam tidak akan mengulangi dosa. 5. Mencintai dan mengutamakan akhirat. 6. Tidak cinta pada dunia. 7. Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan beribadah. 8. Berkata-kata hany perlu sahaja. 9. Makan mengikut keperluan (tidak banyak). 10. Sedikit tidurnya. Sebagai orang awam, agak sukar dan tidak mudah bagi kita untuk melakukan kesemua perkara ini. Tetapi sebenarnya ia boleh dilakukan sekiranya kita memiliki keinginan yang bersungguh-sungguh untuk bertaubat. Ia tidak memerlukan modal yang banyak, hanya berbekalkan tekad dan azam yang kuat serta dapat menahan diri daripada sebarang godaan syaitan...... wallahualam....
:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

2 comments:

  1. perkongsian yang bagus,,,,ana suka,,,ok...
    teruskan dan istiqamah k....

    wassalam.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...