Friday, 3 February 2012

Agar dicintai NABI (S.A.W)

Kisah 1:Seorang sahabat bernama Tsauban sangat cinta dan kasih kpd Nabi s.a.w. Beliau selalu berdamping dengan Nabi. Suatu malam Tsauban tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan dirinya yang tidak dapat bersama Nabi s.a.w. saat itu. Beliau berbisik kepada dirinya: ketika di dunia aku terpaksa berpisah dengan Rasulullah s.a.w. lebih-lebih lagi d malam hari, bagaimana pula di akhirat nanti? Kalau di syurga, Rasulullah s.a.w. sudah tentu di tingkat yang paling istimewa dan aku di tingkat yang lain. Dan jika aku di neraka, sudah tentu aku tidak bertemu dengan Rasulullah s.a.w.kerana mengingatkan hal demikianlah yang menyebabkan beliau tidak dapat tidur sepanjang malam. Pada keesokan hari menjelang waktu subuh, beliau ke masjid untuk melaksanakn solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Rasulullah s.a.w. Sesudah solat, seperti biasa Baginda S.A.W. akan mengadap ke arah sahabat. Tiba-tiba Baginda terpandang wajah Tsauban yang kedua-dua matanya merah. Baginda pun memanggil Tsauban ke hadapan. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah kamu sakit, wahai Tsauban?" Tsauban menjawab:"Tidak wahai Rasulullah." Rasulullah bertanya lagi:"Kenapa kedua-dua matamu merah?" Tsauban menceritakan apa yang telah berlaku semalam. Ketika itu Rasulullah s.a.w. diam tidak berkata apa-apa kerana syurga bukanlah milik Baginda. Dalam keadaan begitu, Baginda tidak dapat memberi jawapan yang pasti. Maka pada ketika itu turunlah wahyu yang menjawab persoalan tersebut: Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Nisa' ayat 69, yang bermaksud:"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat daripada Allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi, dan oranh2 siddiqin, dan orang2 syahid serta orang2 soleh. Dan amatlah eloklah mereka itu menjadi teman dan rakan (kepada orang yang taat itu)." Kemudian Baginda s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oleh Anas r.a., yang bermaksud:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga." Kisah 2:Imam Malik sangat menghormati Rasulullah s.a.w. Meskipun Rasulullah s.a.w. sudah wafat, namun Imam Malik tetap menghormati Rasulullah s.a.w. sehingga beliau tidak mahu menunggang kuda di dalam kota Madinah kerana hati dan jiwanya tidak tergamak melihat kaki kuda yang ditungganginya menginjak-injak tanah yang di dalamnya jasad mulia Rasulullah s.a.w. Diceritakan bahawa Imam Malik mempunyai beberapa ekor kuda yang cantik,pemberian beberapa hartawankepada beliau sebagai hadiah. Oleh kerana orang ramai melihat kuda-kuda beliau itu hanya tertambatdi kandang rumahnya sahaja dan melihat Imam Malik pula yang selalu berjalan kaki ketika hendak ke masjid kerana mengajar dan bersolat, maka mereka tidak pernah melihat beliau menunggang kuda sehingga ada orang yang bertanya kepada Imam Malik,"Kenapa Tuan Guru tidak pernah menunggang kuda dan hanya menyimpannya sahaja?" Imam Malik menjawab, :apakah aku tidak malu kepada Allah SWT jika aku menginjak kaki kuda ke atas bumi yang di dalamnya tertanam jasad Rasulullah s.a w.? Meskipun pada ketika usia telah lanjut dan badannya telah lemah-lemah dan sakit-sakit, Imam Malik masih juga tidak mahu menunggang kudanya untuk pergi solat di masjid atau untuk menziarahi sahabat dan saudara maranya. Beliau lebih suka berjalan kaki demi hormatnya beliau kepada Nabi s.a.w.
:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...