Friday, 24 February 2012

renung2kan..



:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Monday, 20 February 2012

Kasih ALLAH Buat KEKASIH-NYA

"Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman (yang bermaksud): "Sesiapa yang memusuhi kekasih-Ku, maka Aku menyatakan perang kepadanya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih aku sukai daripada apa yang Aku wajibkan atasnya. Tidak henti-henti hamba-Ku mendekatkan diri dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintai-Nya. Jika Aku telah mencintanya, maka Aku menjadi pendengarannyayang dengannya ia mendengar, menjadi penglihatannya yang dengannya ia melihat, menjadi tangannya yang dengannya ia memegang, menjadi kakinya yang dengannnya ia berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, nescaya aku mengabulkannyadan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku, nescaya Aku melindunginya. Aku tidak pernah teragak-agak dalam sesuatu yang aku putuskan, seperti teragak-agaknya Aku untuk mewafatkannya sebab dia benci akan kematian sedangkan Aku pula benci umtuk menyakiti hatinya."'
(Riwayat al-Bukhari, hadis sahih)
:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Saturday, 18 February 2012

 Assalamualaikum w.b.t.......
Ana harap antum semua sehat....... Hari nie ana nak berkongsi entri ....... Harap antum semua renungkanlah pe yang terjadi kepada ISLAM kini....... Adakah kita hanya melihat sedangkan orang kafir sedang merancang nak memusnahkan kita................. Wahai Anak Cucu Adam Adakah ini yang anda inginkan????? Kemusnahan Agama yang Kita pertahankan selama ini............. RENUNG2KAN....
Wallahualam......
:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Jom Kembangkan Ucapan Assalamualaikum ^_^

Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) pernah bersabda; “Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan berkasih mesara?” Para sahabat baginda menjawab; “Belum Wahai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)” Kemudian Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) pun menerangkan: “Kembangkanlah memberi salam di antara kamu.” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah) —

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Thursday, 16 February 2012

Renung2kan

Wahai wanita .. Cantik rambut kamu.. lurus.. panjang.. wangi... lembut pula tu.. cuba kamu bayangkan rambut kamu tu , digantung .. Kemudian di bakar dengan api neraka hingga mendidih otaknya. Kamu mati , kemudian dihidupkan semula.. digantung..dan di bakar lagi hingga mendidih otaknya.. Begitulah azab ahli neraka yang berlarutan. Bila lagi wahai wanita Islam kamu hendak menutup aurat ? Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)." (al-Ahzab: 33)

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Sunday, 12 February 2012

Berkasih Sayang Kerana ALLAH

Kisah ini diriwayatkan Rasulullua s.a.w. sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain. Maka Allah s.w.t. telah menghantaar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya:"Ke mana kamu mingin pergi?" Jawab lelaki itu jujur:"Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini." Malaikat bertanya lagi:"Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?" Lelaki itu menjawab:"Tidak. Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah." Berkata malaikat:"Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya." (Riwayat Muslim) Orang yang ikhlas bersahabat kerana Allah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadidaripada hubungan persahabatan yang terbina. Bukanlah harta dan pangkat yang dicariwalaupun sahabat mampu memberikankelebihan seperti itu. Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya Allah yang mampu memberi ganjaran yang terbaik...

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Gelagat Pelajar2 dan Guru di Pasti Al-Firdaus

                                        Amboi2 sedapnyer.... makan pe tue.. ^_^






                                       Adk kite sorang nie name die Muhd Hadif..... umur 4 tahun..

                                       
                                                   Budak nie nama dia Ahmad Suhail.... comel x???

                                         Seronoknya main....... smp de yg baring2.....hehe..


                                                   nama budak nie leana...dia pun br 4 tahun.


                                           Nie la budak2 pasti !!!! x semua yang de...



                                        Nie murid 6 tahun perempuan Ain,Sofea,Adani dan Dina


                                         Nie murid 6 tahun lelaki Aliff,Amir, Amir Hakimi dan Rafiq
                                       Tengah blajar pe 2...^_^ nie budak2 5 tahun..

                                         Khusyuk nyer akk tengok...^_^




                                         Nie budak2 4 tahun Hadif,Saifullah,Haziq dan Anaqi

                         Nie pulak budak2 4 tahun perempuan Zaqirin,Damia,Leana,Aisyah,Nisa Alya dan Balqis
                           Nie la dia Tenaga pengajar Pasti Firdaus Ustazah Suzana dan Ustazah Maziah



Nme budak nie Ahmad Saifullah bin Ahmad Sadadi..... hensome kan???



Assalamualaikum w.b.t.........
nie la serba sedikit gambar2 yang ana ambil di tempat kerja ana.........^_^
:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Saturday, 11 February 2012

Waktu Pagi Lebih Indah Disinari Nikmat Dhuha

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah. menyeru nakruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat dhuha." (Riwayat Abu Dzar) Nikmat silat sunat dhuha: 1. Tidak termasuk dalam golongan lalai. 2. Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan 3. Diperkenankan doa selepas solat sunat dhuha 4. Dimurahkan rezeki 5. Dipelihara oleh Allah s.w.t 6. Dihapuskan dosa

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Tanda-tanda Kecil Kiamat Telah Lengkap.. Fikir-fikirkan Lah..


:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Friday, 10 February 2012

PENJELASAN JAKIM TENTANG HARI VALENTINE..

BACA!!! SEBARKAN!!! ADA ALASAN LAGI TAK NAK SAMBUT HARI VALENTINE NIE?? TANYA IMAN TANYA AKAL... BAB NI KALAU TANYA HATI NAK JE.. ISKHHH "Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam. "Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day. "Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. "Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita," katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine's Day pada Jumaat. Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam. "Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu," katanya. Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu. “Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya. Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi. Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat. “Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya. Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya. Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya. “Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah," jelasnya. Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya. “Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah. “Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya. Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini. "Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat," kata Wan Mohamad.

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

bacalah surah Al-Kahfi pada hari jumaat yg mulia ini...

Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi : (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat. Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari jum’at akan diberikan cahaya baginya diantara dua jum’at.” (HR. Al Hakim dan Baihaqi)

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Thursday, 9 February 2012

KITA PALING MULIA??? YA RASULULLAH.

Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya : "Siapakah hamba Allah yang mulia?" Sahabat menjawab : "Para malaikat Ya Rasulullah" Sahabat yang lain : "tentulah para nabi, merekalah yang mulia" Nabi tersenyum lalu berkata : "Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia" Para sahabat terdiam lalu berkata : "Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah" Nabi berkata : "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan" Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata : " Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa..... AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"-

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Hargailah IbuBapa dan Suami Anda!!!!

ℒℴνℯ==❤== ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤== ℒℴνℯ Wahai WANITA jika ENGKAU tidak MAHU menutup AURAT mu dan SUKA melakukan MAKSIAT sesuka mu, Serta TIDAK peduli DENGAN segala DOSA yang kau lakukan dan TETAP dengan PENDIRIAN keegoanmu itu, Maka INGATLAH sesungguhnya JIKA engkau ANAK maka kau SEDIKIT pun TIDAK menyayangi AYAH IBU serta SAUDARA LELAKI mu, JIKA kau seorang ISTERI maka kau TIDAK mencintai SUAMI mu serta TIDAK hormati SUAMI mu, Kerana DENGAN sikap EGO mu serta MAKSIAT mu akan MEMBAWA mereka KE NERAKA, Firman Allah SWT; “ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … ” (Al-Ankabut ayat 8 ) INGAT sayangi MEREKA bukan SEKSA mereka. PESAN ALLAH NI bukan pesan ustaz! ℒℴνℯ==❤== ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤==ℒℴνℯ==❤== ℒℴνℯ

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

"STOP" Bersalaman tangan dengan bukan mahram

“SESUNGGUHNYA AKU TIDAK BERSALAMAN DENGAN WANITA” Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani) Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad) Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad) NAK REDHA ALLAH DAN RASUL... ?? KE NAK REDHA MANUSIA??? Kalau ORANG NAK SALAM JUGA.. KATA BEGINI " MAAF, SAYA BUKAN MUHRAM AWAK" Yang penting nada kita jangan sampai memalukan dia

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Wednesday, 8 February 2012

Saat Akhir Rasulullah SAW.........


   
                    Assalamualaikum w.b.t........
  Hari nie ana mahu berkongsi sesuatu yang bisa membuat setiap diri yang membaca INSAF dan ingat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Nabi kita, Penghulu segala Nabi, Nabi yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak....... Saat Malaikat Izrail mahu mencabut nyawa Nabi, Baginda masih menyebut "UMMATI" (3X)...... Sekarang adakah anda ingat pada Nabi?????

HAYATILAH DAN BACALAH DENGAN MATA HATI!!!!!
:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Tuesday, 7 February 2012

Hayatilah


        Assalamualaikum w.b.t antum semua............ Ana mahu bertanya..... Mampukah kita jadi seperti    mereka....... Sanggup menggadaikan nyawa untuk tanah air........ Ana rasa kalau kita berada ditempat mereka....... Ana tak dapat bayangkan.... Betapa besarnya pengorbanan mereka....... Renung2kan........



:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

SUSAHKAH MENJADI WANITA ISLAM?

Ada kaum wanita berkata“susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini : 1-Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki. 2-Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 3-Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki. 4-Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 5-Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. 6-Talak ada di tangan suami dan bukan isteri. 7-Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki. PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…? Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…maknanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berselerak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dengan perrmpuan jalanan. Assalamualaikum w.b.t.....wahai kaum hawa, bersyukurlah atas nikmat Allah yang menjadikan kita seorang wanita dan renung2kanlah....
Satu:Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Dua:Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya. Tiga:Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid. Empat:Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Lima:Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya. Enam:Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana pun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya. Tujuh:Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaAllah…demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?masih tak nak jaga aurat?? Sedarilah insan istimewa yang bernama wanita,bahawa kelembutan bukan kelemahan,bukan jua penghinaan dari Tuhan,bahkan sebagai hiasan kecantikan,,Allah Maha Adil
:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

KIAMAT SUATU YANG PASTI.. ADAKAH KITA BERSEDIA..???

Kebangkitan Khalifah 2.1 – Wafatnya Rasullullah 2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina) Kejatuhan Khalifah 3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia 3.2 – Perang Dunia 1 dan 2 3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal 3.3 – Umat Islam berpecah-belah. 3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman. 3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat. 3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak 3.6 – Penzinaan berleluasa 3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa 3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan Perang Dunia Ketiga 4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan 4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam) 4.3 – Kemarau panjang 4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik 4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya. Bala Bencana 5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana 5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung. 5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam 5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah 5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara. 5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati. Khalifah Islam Dilantik 6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji 6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah 6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas) 7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang Peperangan Islam Dan Kristian 8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi 8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun) 9.1 – Rezeki melimpah ruah 9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat 9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat 9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran) 10.1 – Turunnya Nabi Isa 10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa 10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa 10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa 10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi 10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung 10.7 – Kemenangan untuk Islam Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun) 11.1 Semua manusia wajib menerima Islam. 11.2 Pembunuhan babi di muka bumi 11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya 11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud 11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk 11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi. Wafatnya Nabi Isa 12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w Kiamat Bermula * Al Quran diangkat * Nama Allah tidak disebutkan lagi * Gempa Bumi Tiga penjuru * Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata * Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya * Asap dari bumi * Musnahnya Makkah dan Baitullah * Semua Umat Islam dimatikan * Matahari Naik di sebelah Barat * Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk * Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet * Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan * Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail * Mahsyar * Dimanakah kita?

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Damainya Hidup Bersama ILLAHI

Assalamualaikum w.b.t Mari antum semua hayati kisah nie ^_^ Difahamkan Dalam Satu Kisah: Sekembalinya Nabi Muhammad s.a.w. dari bumi Thaif- Nabi s.a.w. berteduh sebentar di bawah pohon anggur di dalam kebun milik Utbah dan Syaibah. kesedihan jelas terpancar pada wajah Nabi Muhammad s.a.w. setelah dicerca dan dilontar batu oleh penduduk bumi Thaif. Utbah dan Syaibah memasang telinga mendengar pengaduan hebat daripada seorang Rasul kepada Rabb-Nya. Rintihan yang dipohonkan oleh Nabi s.a.w. membuatkan kekafiran Utbah dan Syaibah tersebut juga lentur sehingga menyuruh khadamnya Addas untuk memberi anggur kepada Nabi s.a.w. sebagai penghilang kelaparan... Ya Allah... kepada-Mu aku mengadu kelemahan kekuatanku, Dan sedikitnya kemampuanku, Serta kehinaanku dihadapan manusia, Wahai sebaik-baik Pemberi Kasih Sayang, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku, Kepada siapakah Engkau serahkan diriku, Kepada orang yang jauh yang menggangguku, Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku, Asalkan Engkau tidak marah padaku maka tiadalahkeberatan bagiku, Akan tetapi kemurahan-Mu jauh lebih luas bagiku, Aku berlindung dengan Cahaya Wajah-Mu yang akan menerangi selurub kegelapan, Dan yang akan memberikan kebaikan segala urusan dunia dan akhirat, Untuk melepaskan aku dari Marah-Mu, Atau menghilangkan Murka-mu dariku, Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan Keredaan-Mu, Dan tidak ada daya dan kekuatan Kecuali dengan-Mu, Ketika Kita Menyangka Semua Jalan Sudah Tertutup, Lalu Allah Menginginkan Kita Kembali Kepada-Nya Dan Sehinggalah Kita Benar-Benar Mengakui Bahawa Dia Itu AL-WAKIL. Wallahualam

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Monday, 6 February 2012

SOLAT JUMAAT 3.2.2012?? MASA TU DI MANA KITA??

Hari Jumaat Rakyat SEKELILING ramai ke McDonald dan KFC. Kita tengok apa jadi di Kota London pada harai Jumaat Dalam artikel bertajuk “The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows”, harian itu melaporkan banyak orang yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada hari Jumat. Mereka melihat banyak orang berdoa bersama di luar dan hal itu bukanlah pemandangan sehari-hari di Inggris. Dalam bayangan gedung pencakar langit dan ruang kaca serta baja di Mile Square, London, ratusan umat Muslim berlutut di jalanan melaksanakan Solat Jumat.

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

*_* MaKe Up MuSlIm ^_^

Untuk muka ~> WUDHU. Untuk bibir ~> DOA. Untuk mata ~> TUNDUKKAN pandangan. Untuk suara ~> membaca ayat2 QURAN. Untuk tangan ~> banyakkan SEDEKAH. Untuk kesihatan & keselamatan ~> SOLAT. Untuk Hati ~> TAQWA kepada Allah.
:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Taubat Yang Tidak Tersembunyi

Apabila seseorang muslim melakukan maksiat atau dosa, maka sudah tentu dia akan bertaubat dan menyesalakan perbuatan dosanya itu. Namun ramai juga yang telah bertaubat, tetapi melakukan maksiat semula. Mereka ini merasa yakin Allah Maha Pengampun akan mengampuni dosa mereka. Justeru,keyakinan mereka itu mendorong mereka melakukan maksiat lagi..... Ya, mmg Allah Maha Pengampun.tetapi itu tidak bermakna kita boleh melakukan dosa berulang-ulang kali dengan sesuka hati. Ia bagai mempermainkan hukum Allah. Bukan ampunan Allah yang diterima, tapi mungkin laknat-Nya dan dosa yang makin bertambah. Allah berfirman dalam surah Al- Baqarah ayat 160 yg bermaksud: "kecuali mereka yg bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka mereka itulah yang aku terima taubatnya dan Aku-lah Yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang. Para ulama telah merumuskan 10 perkara yang harus dilakukan agar dosa kita diampuni Allah,iaitu: 1. Lidahnya sentiasa beristghfar. 2. Hatinya menyesali dosa yang dilakukan. 3. Meninggalkan segala perbuatan dosa. 4. Berazam tidak akan mengulangi dosa. 5. Mencintai dan mengutamakan akhirat. 6. Tidak cinta pada dunia. 7. Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan beribadah. 8. Berkata-kata hany perlu sahaja. 9. Makan mengikut keperluan (tidak banyak). 10. Sedikit tidurnya. Sebagai orang awam, agak sukar dan tidak mudah bagi kita untuk melakukan kesemua perkara ini. Tetapi sebenarnya ia boleh dilakukan sekiranya kita memiliki keinginan yang bersungguh-sungguh untuk bertaubat. Ia tidak memerlukan modal yang banyak, hanya berbekalkan tekad dan azam yang kuat serta dapat menahan diri daripada sebarang godaan syaitan...... wallahualam....
:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Friday, 3 February 2012

Agar dicintai NABI (S.A.W)

Kisah 1:Seorang sahabat bernama Tsauban sangat cinta dan kasih kpd Nabi s.a.w. Beliau selalu berdamping dengan Nabi. Suatu malam Tsauban tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan dirinya yang tidak dapat bersama Nabi s.a.w. saat itu. Beliau berbisik kepada dirinya: ketika di dunia aku terpaksa berpisah dengan Rasulullah s.a.w. lebih-lebih lagi d malam hari, bagaimana pula di akhirat nanti? Kalau di syurga, Rasulullah s.a.w. sudah tentu di tingkat yang paling istimewa dan aku di tingkat yang lain. Dan jika aku di neraka, sudah tentu aku tidak bertemu dengan Rasulullah s.a.w.kerana mengingatkan hal demikianlah yang menyebabkan beliau tidak dapat tidur sepanjang malam. Pada keesokan hari menjelang waktu subuh, beliau ke masjid untuk melaksanakn solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Rasulullah s.a.w. Sesudah solat, seperti biasa Baginda S.A.W. akan mengadap ke arah sahabat. Tiba-tiba Baginda terpandang wajah Tsauban yang kedua-dua matanya merah. Baginda pun memanggil Tsauban ke hadapan. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah kamu sakit, wahai Tsauban?" Tsauban menjawab:"Tidak wahai Rasulullah." Rasulullah bertanya lagi:"Kenapa kedua-dua matamu merah?" Tsauban menceritakan apa yang telah berlaku semalam. Ketika itu Rasulullah s.a.w. diam tidak berkata apa-apa kerana syurga bukanlah milik Baginda. Dalam keadaan begitu, Baginda tidak dapat memberi jawapan yang pasti. Maka pada ketika itu turunlah wahyu yang menjawab persoalan tersebut: Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Nisa' ayat 69, yang bermaksud:"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat daripada Allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi, dan oranh2 siddiqin, dan orang2 syahid serta orang2 soleh. Dan amatlah eloklah mereka itu menjadi teman dan rakan (kepada orang yang taat itu)." Kemudian Baginda s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oleh Anas r.a., yang bermaksud:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga." Kisah 2:Imam Malik sangat menghormati Rasulullah s.a.w. Meskipun Rasulullah s.a.w. sudah wafat, namun Imam Malik tetap menghormati Rasulullah s.a.w. sehingga beliau tidak mahu menunggang kuda di dalam kota Madinah kerana hati dan jiwanya tidak tergamak melihat kaki kuda yang ditungganginya menginjak-injak tanah yang di dalamnya jasad mulia Rasulullah s.a.w. Diceritakan bahawa Imam Malik mempunyai beberapa ekor kuda yang cantik,pemberian beberapa hartawankepada beliau sebagai hadiah. Oleh kerana orang ramai melihat kuda-kuda beliau itu hanya tertambatdi kandang rumahnya sahaja dan melihat Imam Malik pula yang selalu berjalan kaki ketika hendak ke masjid kerana mengajar dan bersolat, maka mereka tidak pernah melihat beliau menunggang kuda sehingga ada orang yang bertanya kepada Imam Malik,"Kenapa Tuan Guru tidak pernah menunggang kuda dan hanya menyimpannya sahaja?" Imam Malik menjawab, :apakah aku tidak malu kepada Allah SWT jika aku menginjak kaki kuda ke atas bumi yang di dalamnya tertanam jasad Rasulullah s.a w.? Meskipun pada ketika usia telah lanjut dan badannya telah lemah-lemah dan sakit-sakit, Imam Malik masih juga tidak mahu menunggang kudanya untuk pergi solat di masjid atau untuk menziarahi sahabat dan saudara maranya. Beliau lebih suka berjalan kaki demi hormatnya beliau kepada Nabi s.a.w.
:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Kisah seorang wanita terhadap Allah

Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya tidak menyedekahkan sesuatu apa pun kepada orang lain. Maka suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah wanita itu ketika suaminya tiada di rumah. Peminta sedekah itu berkata, “Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu”. Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar permintaan peminta sedekah, lalu diberinya 3 keping roti. Lalu peminta sedekah itu berlalu dan mengucapkan terima kasih. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan lelaki munafik tersebut lalu lelaki munafik itu bertanya kepada peminta sedekah, “Di manakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis menjawab, “Orang di rumah sana memberiku”. Orang munafik mengetahui bahawa rumah yang dimaksudkan adalah rumahnya, lalu dia pulang dengan perasaan marah dan berkata kepada isterinya, “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu apa pun kepada sesiapa?” Isterinya menjawab, “Aku berikan roti kepada pengemis itu kerana Allah S.W.T”. Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya, maka dia menjadi sangat marah lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas. Kemudian dia berkata kepada isterinya, “Berdirilah dan campakkanlah diri kamu ke dalam api ini kerana Allah”. Isterinya akur dengan kehendak suaminya lalu memakai perhiasannya dan berhias sehingga cantik. Orang munafik itu berkata, “Kamu jangan pakai perhiasan-perhiasan ini”. Isterinya menjawab, “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedangkan aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku (Allah)”. Setelah itu, wanita tersebut terus terjun ke dalam dapur tempat membuat roti yang panas lalu orang munafik tesebut menutup tudung dapur dan beredar dari situ. Setelah tiga hari, orang munafik itu pun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa kecacatan pada dirinya berkat kuasa Allah. Kemudian terdengarlah orang munafik itu suara dari langit yang berkata, “Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami”.

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

%RaMai LeLaKi Dayus%%

KITA BERAGAMA ISLAM.. KITA SIBUK MEMPERJUANGKAN ISLAM.. DAYUS..??? UNGKAPAN PEDIH TAPI JOM KIT KENAL DAYUS MENURUT ISLAM.. Siapakah Lelaki Yang Dayus Menurut Islam ? Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).. Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi bersabda : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim ) Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina. BILA LELAKI MENJADI DAYUS? Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :- 1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. 2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar. 3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat. 4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya. 5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami. 6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah. 7) Membiarkan anak perempuannya memasuki pertandingan hiburan seperti, mentor, gang starz dan lain-lain sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram. 8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, alasannya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali. 9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna. 10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya. 11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. 12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. 13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu. 14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian. Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya. Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku" Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Rasulullah SAW bersabda :"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout) Wallahu a'lam...

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

Thursday, 2 February 2012

Sujudlah kpd ALLAH YANG MAHA ESA

" Hanya kepada Allahlah sujud (patuh) segala apa yang ada di langit dan dibumi,... baik dengan kemahuan sendiri ataupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari. " (Al-Quran 13 :15) " Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu' " (Al-Quran 17 : 109)

:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

~SaHaBaT-SaHaBat PiLiHaN~~

Pastikan bahwa sahabat yang menemani kita dalam perjalanan ini adalah orang yang boleh membantu kita : Dalam melaksanakan prinsip agama. Mengingatkan kita tatkala lupa. Dalam memberi dorongan ketika kita tersedar. Imam Al Ghazali menyebutkan dalam 'Ihya'Ulumiddin' : "Sesungguhnya seseorang itu tergantung kepada agama temannya dan seseorang itu tidak dikenal kecuali dengan melihat siapa temannya...."
:) Terima Kasih sudi bertandang disini (:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...